Thursday, July 24, 2008

Kursus Pembinaan Blog

Semua guru bimbingan dan kaunseling Daerah Hulu Langat telah menghadiri Kursus Pembinaan Blog yang telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat bertempat di Footprint Cyber Cafe, Taman Tasek Kesuma, Branang. Kursus yang dijalankan secara berkelompok ini telah dijalankan dalam tiga sesi bermula pada pukul 8.30 pagi. Dalam tempoh dua jam guru-guru bimbingan berhempas-pulas menyiapkan blog masing-masing. Suasana agak bising kerana masing-masing sibuk memanggil rakan-rakan lain yang didapati berada satu tapak ke hadapan kerana jurulatih kami En Noorhisham Hamzah tidak menang tangan melayan rakan -rakan yang membina blog.